Nama Anda :
Tajuk Lagu :
Penyanyi:
Ditujukan Kepada :
Dengan Ucapan :

Permintaan anda akan dihantar terus ke HP milik Admin. [Powered by Freedback]

Tinggalkan Komen



25 April 2011

Peraduan Gambar Paling MANANG!!

Bah FM sedang mengadakan satu pertandingan/peraduan yang dinamakan GAMBAR PALING MANANG.



Hadiah utama berupa satu set kamera DIGITAL [perubahan mungkin dibuat dari masa ke semasa tetapi nilai hadiah tetap sama].



Syarat Penyertaan

  • Terbuka kepada semua pendengar Bah FM di seluruh dunia;
  • Terpulang kepada anda untuk menakrifkan maksud MANANG. Mungkin CUTE, MANIS, HANDSOME, TAMPAN, KACAK, CANTIK, AYU, JELITA, SEKSI, UNIK, KREATIF dan sebagainya;
  • Peraduan/pertandingan ini tidak mempunyai sebarang tema. Konsepnya = terbuka;
  • Tarikh tutup penyertaan = jam 12 malam, 31hb Oktober 2011;
  • Gambar yang dihantar hendaklah merupakan gambar "potret" yang memaparkan wajah PESERTA dengan JELAS dan gambar MESTILAH sekurang-kurangnya bersaiz 800 X 531 serta dalam format JPEG;
  • Seorang peserta hanya boleh mengUPLOAD SATU gambar SAHAJA di wall facebook Bah FM. Walau bagaimanapun, peserta boleh menggantikan gambar yang telah diUPLOAD dengan gambar lain pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup penyertaan;
  • Untuk mendapat tanda LIKE, peserta hendaklah menggunakan cara yang normal dan standard iaitu berkempen TANPA menggunakan teknologi terkini, peralatan atau perisian facebook ATAUPUN third party untuk mendapat LIKE secara robotic atau AUTOMATIK. Peserta yang didapati menggunakan kaedah ini akan secara automatik tidak layak, walaupun telah didaftarkan/senaraikan sebagai "peserta" ;
  • Keputusan yang dikeluarkan secara rasmi adalah muktamad, sebarang surat-menyurat, faks, e-mail, messenger ATAU chat tidak akan dilayan;
  • Syarat/peraturan terkini adalah yang paling tepat; DAN
  • DJ, Admin Bah FM serta keluarga terdekat mereka tidak dibenarkan SAMA SEKALI menyertai pertandingan/peraduan ini.


Penjurian

  • 50% markah adalah daripada peratusan keseluruhan "LIKE" yang peserta terima daripada pendengar BahFM di facebook BahFM; DAN
  • 50% lagi markah adalah daripada panel juri profesional

***Syarat-syarat TERKINI adalah syarat-syarat yang akan digunapakai.


Pertandingan/peraduan ini TELAHPUN bermula dan anda bolehlah UPLOAD gambar anda yang paling MANANG di wall Facebook Bah FM bermula dari sekarang DAN JANGAN LUPA berkempen kepada kawan-kawan anda untuk mendapatkan tanda "LIKE".

0 comments: